top of page

Joe Biden utus surat tahniah kepada Anwar



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.


Ia berikutan pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu sebagai Perdana Menteri ke-10.


Melalui surat bertarikh 24 Januari itu, Biden menyatakan keyakinannya bahawa dedikasi Anwar terhadap perkhidmatan awam akan membantu keamanan dan kemakmuran rantau ini.


Beliau turut menyatakan, hubungan antara Malaysia dan AS dibina atas asas ekonomi, keselamatan serta hubungan antara manusia yang kuat, yang turut membantu mengukuhkan kebebasan, keselamatan dan kemakmuran di rantau Indo Pasifik.


Atas dasar itu beliau menyatakan komitmen untuk mengeratkan lagi hubungan dengan Malaysia, termasuk dalam bidang ekonomi digital, krisis iklim dan keselamatan tenaga.


"Pada tahun-tahun akan datang, saya berharap untuk bekerjasama dengan lebih erat - termasuk bekerjasama membina pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan rantaian bekalan yang berdaya tahan melalui rangka kerja ekonomi indo-pasifik.


"Bersama-sama, kita dapat memajukan wilayah yang bebas, terbuka, selamat dan makmur yang memberi manfaat kepada kedua-dua rakyat kita," kata surat beralamat di White House, Washinton dan ditandatangai Biden itu.

Sementara itu melalui surat sama, Biden turut memuji rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam proses demokrasi pada pilihanraya lalu.


Jelasnya, ketika demokrasi di dunia berdepan cabaran, pilihanraya di Malaysia sebaliknya telah mempamerkan keutuhan demokrasi.


Kesungguhan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab pada pilihanraya yang lalu jelas Biden telah memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia untuk melaksanakan tugas asas mereka sebagai pengundi.

"Saya tidak sabar untuk bekerja rapat dengan beliau bagi faedah bersama rakyat kita," kata Anwar di laman Facebooknya sebagai mengulas surat itu

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page