top of page

Job scam: Kerajaan berjaya bawa balik 218 mangsa

Updated: Feb 17, 2023



Kerajaan Perpaduan bertindak cemerlang memerangi sindiket penipuan pekerjaan atau job scam dengan berjaya membawa balik 218 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa.


Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pihak kerajaan Malaysia telah bertindak pantas dengan menghubungi kerajaan Kemboja, Laos, Thailand, Filipina dan Dubai untuk membawa balik rakyat yang menjadi mangsa.


"Ini bersandarkan aduan. Maka libat urus dengan pihak di negara berkenaan dibuat, hasilnya kita dapat kenalpasti bilangan rakyat Malaysia.


"Kalau di sebelah kita berdasarkan laporan polis, kemudian angka itu kita semak silang dengan pihak negara berkenaan. Setelah kita tahu bilangan, kita kenalpasti lokasi di mana kita percaya rakyat Malaysia itu berada.


"Dari situ kita adakan siasatan bersama. Kita kongsi maklumat, kemudian kita rangka strategi menyelamat dan akhirnya kita usahakan bawa balik mereka


"Dari situ angka yang yang kita kenal pasti 339, terkandas 121, maknanya baki 218 kita bawa balik," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.


Sebaik sahaja pulang, kata Saifuddin, pihak polis terus mengambil keterangan dari para mangsa dan mendapat beberapa fakta penting.


Antaranya, kebanyakan mangsa didapati tertarik dengan tawaran di media sosial yang menjanjikan kerja pegawai khidmat pelanggan, kerja kasino, juru bahasa dan dibayar dalam matawang dolar. Tiket penerbangan ditanggung, tetapi apabila mereka pergi sana keadaan tidak seperti itu.


"Dari profiling yang kita bawa, ada yang mahu ubah kehidupan, ada yang dari awal dia tahu ini scam dan dia pilih pergi, dari situ polis merencanakan ada keperluan mendesak satu kempen pencegahan dibuat. Oleh itu polis muncul di tv, media sosial dan mengwar warkan kepada rakyat agar lebih berhati hati," katanya lagi.


Bagaimanapun Saifuddin berpuas hati kerana sindiket job scam semakin berkurangan dengan kempen berterusan pihak kerajaan.


Katanya, jumlah laporan polis mengenai mangsa yang diperdaya telah pun menurun daripada lebih 20 kes pada kemuncaknya pada April 2022, menjadi sekitar 9 kes pada Januari 2023 dan menurun kepada 1 kes bulan Februari.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page