
Pembinaan jalan Sepulut - Pagalungan memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan luar bandar Sabah untuk lebih selesa bergerak ke pekan dan bandar berhampiran.
Bagaimanapun, menurut Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar, Jabatan Kerja Raya (JKR) seharusnya memantau dengan lebih kerap pembinaan jalan berkenaan kerana terdapat aduan daripada penduduk mendakwa projek tersebut telah mencemarkan sungai (gambar atas) berhampiran jajaran pembinaan.

"Saya mendapat rungutan dan aduan daripada penduduk tempatan yang bertanya dengan sistem kerja kontraktor yang jelas mengganggu sungai yang menjadi sumber makanan penduduk tempatan di sana
"Kita tidak menghalang pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan untuk kebaikan penduduk di pedalaman.
"Namun, kita percaya semua kerja yang diluluskan oleh Kerajaan pasti ada garis panduan yang perlu dipatuhi oleh mana-mana kontraktor yang melaksanakan projek tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubugan itu, Raymond berharap pihak JKR dan Jabatan Alam Sekitar memantau pelaksanaan projek itu denganh lebih rapi supaya alam sekitar dan sungai dapat dijaga untuk survival penduduk tempatan yang bergantung kepada sungai tersebut.
Comments