top of page

JKR, PPD Pensiangan perlu pantau jalan raya sekitar kawasan sekolah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 28, 2023
  • 1 min read


Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pensiangan digesa memantau jalan di sekitar kawasan sekolah di daerah berkenaan.


Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar berkata, hal itu penting bagi memastikan kemudahan jalan raya untuk para pelajar sentiasa berada dalam keadaan baik untuk kemudahan mereka pergi dan pulang sekolah.


Beliau berkata demikian mengulas situasi yang mana penduduk kampung terpaksa bergotong-royong membaiki jalan raya yang menjadi laluan utama ke Sekolah Kebangsaan Labang, Sepulut Nabawan, baru baru ini.

Raymond Ahuar

"Perkara ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya kedua-dua pihak sentiasa memantau dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kita yakin, setiap Ketua Jabatan di peringkat Daerah ada kaedah untuk membantu mengatasi masalah tersebut secara berperingkat.


"Diharapkan pemimpin yang mewakili DUN Nabawan dan parlimen Pensiangan kerap turun padang berjumpa penduduk kampung untuk melihat permasalahan rakyat selepas 60 Tahun Merdeka," katanya.


Selain daripada itu, tambah Raymond, pemimpin yang mewakili DUN Nabawan dan parlimen Pensiangan perlu lebih tegas dalam mendepani masalah penduduk untuk menjaga nama baik Kerajaan Perpaduan Madani di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page