top of page

JPKKP Sg Tiang manfaat dana Sejati Madani usahakan 'rock melon'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 22
  • 1 min read

ree

Peruntukan Kerajaan Madani melalui Program Sejati Madani tidak disia siakan oleh penduduk Kampung Sungai Tiang A, Pendang, Kedah.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Pendang, Dato' Dr Zulkifly Mohamad, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di situ telah memanfaatkan dana dengan menjalankan usaha bersama syarikat Vessel Pro Sdn Bhd dalam menanam 'rock melon' di tanah yang disediakan oleh pihak JPKKP.


"Ini yang menariknya di sini kerana Pengerusi JPKKP kita mempelbagaikan usaha mereka, perniagaan mereka.

Dr Zul diberi penerangan ladang tembikai
Dr Zul diberi penerangan ladang tembikai

"Ini antara benda yang kita explore, kita meneroka benda baru yang kita jarang buat.


"Ini adalah benda baru dan kita akan belajar. Apa yang kurang kita perbaiki dan akhirnya kita berjaya setelah melalui tempoh pembelajaran itu," katanya dalam siaran video ketika melawat ladang tembikai tersebut.


Tegas Zulkifly, usaha itu juga telah membantu menambah pendapatan penduduk kampung yang mengerjakan ladang berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page