top of page

JK pengurusan hilir Sungai Kinabatangan wajar ditubuhkan



Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan mengkaji semula cadangan penubuhan jawatankuasa pengurusan bagi menyelia perancangan, pembangunan dan pengurusan hilir Sungai Kinabatangan secara berkesan.


Menteri Pelancongan Sabah, Datuk Christina Liew menegaskan dalam usaha menjadikan kawasan itu sebagai destinasi eko-pelancongan yang berdaya saing dan mampan, kini tiba masa untuk bergerak kehadapan dengan merealisasikan penubuhan jawatankuasa terdiri dari kalangan pihak berkepentingan.


"Tiada lagi cadangan pada peringkat ini dan tiba masa untuk kita melaksanakan perancangan sebelumnya, tempoh masa panjang sudah diambil sejak persidangan antarabangsa mengenai pertumbuhan dan amalan mapan pada 2019.


"Jawatankuasa pengurusan membabitkan pelbagai pihak perlu dilaksanakan sekarang bagi menjadikan hilir Sungai Kinabatangan sebagai destinasi eko-pelancongan lestari," katanya.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah itu sebelumnya menerima kunjungan hormat delegasi Persatuan Pengusaha Pelancongan Kinabatangan-Corridor of Life, Sabah (KiTA) yang diketuai oleh Presidennya Alex Yee.


Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian I Mary Malangking, Pengarah Urusan Borneo Eco Tours Albert Teo dan Koordinator Eksekutif KiTA Aileen Mae Montero.


Christina berkata secara global, kerajaan dan pemain pelancongan memberi penekanan kepada industri pelancongan yang mampan dan bertanggungjawab dan Sabah tidak terkecuali dengan usaha ini.


Pelaksanaan itu jelasnya perlu dilakukan segera berikutan rangka kerja dan garis panduan untuk pembangunan serta operasi eko-pelancongan mampan di hilir Sungai Kinabatangan sudah disediakan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page