Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen semalam mengadakan perbincangan dengan Commission B of The National Parliament of Timor-Leste mengenai isu isu keselamatan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Malaysia, Datuk Johari Abdul, perbincangan tersebut berkisar isu isu serantau yang boleh ditangani secara bersama.
"Saya telah mempengerusikan pertemuan di antara Commission B of The National Parliament of Timor-Leste dan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan di Bilik Mesyuarat 2, Aras 3, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen.
"Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal keselamatan secara umum di samping sebagai platform bertukar-tukar pandangan serta pengalaman bagi sistem jawatankuasa kedua-dua negara.
"Terima kasih kepada pihak Commission B of The National Parliament of Timor-Leste atas kunjungan," katanya.
Comments