top of page

Jingga 13 Malaysia lancar Jejak Asnaf Ramadan, Program Baju Raya



Jingga 13 Malaysia, NGO kebajikan pro KEADILAN melancarkan program Jejak Asnaf Ramadan dan Program Baju Raya pada Ramadan kali ini.


Menurut Setiausaha Agung Jingga 13 Malaysia, Afzainizam Rahman, program itu akan memfokuskan memberi bantuan kepada golongan asnaf, OKU, warga emas dan sebagainya di seluruh negara.


"Sempena Ramadan tahun ini, Jingga 13 Malaysia menggerakkan Jejak Asnaf Ramadan dan Program Baju Raya yang akan dilaksanakan oleh cawangan-cawangan Jingga 13 di seluruh Malaysia.


"Pelbagai aktiviti dirancang oleh cawangan-cawangan Jingga 13 memfokuskan kepada golongan asnaf, golongan terpinggir, OKU, warga emas, ibu tunggal, anak-anak yatim termasuk orang yang menderita sakit.


"Jingga13 Malaysia mengalu-alukan warga yang prihatin menyalurkan sumbangan untuk kami sampaikan kepada golongan asnaf dan yang memerlukan," katanya.


Bagi individu atau pertubuhan yang ingin membantu dari segi kewangan bolehlah menghubungi secara aplikasi WhatsApp ke Bendahari Agung Jingga 13 Malaysia ditalian 0164695343. Atau masukan sumbangan ke akaun Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Malaysia (Bank Islam: 14041010093156).


Sumbangan tersebut, kata Afzainizam akan diagihkan ke cawangan-cawangan Jingga 13 seluruh negara untuk disampaikan kepada golongan yang memerlukan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page