top of page

Jingga 13 gesa SPRM siasat dakwaan diesel bersubsidi diseleweng



Aktivis Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat penyelewengan subsidi diesel nelayan dianggarkan bernilai RM10 billion.


Wakilnya, Mikhael Ishkandar berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kelantan di Kota Bharu semalam.


Beliau mendakwa mendapat maklumat berhubung perkara itu daripada seorang individu yang berpengaruh. Individu tersebut katanya bertemu dengan beliau seminggu sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.


"Individu tersebut yang juga merupakan orang yang berpengaruh telah datang berjumpa dengan kami di Kuala Lumpur dan memaklumkan perkara itu berlaku di Kelantan.


"Oleh yang demikian saya mengambil inisatif bersama beberapa Aktivis Jingga 13 datang ke pejabat SPRM Kelantan bagi menyerahkan memorandum ini," katanya


Mengulas lanjut, beliau memberitahu hasil siasatan yang dijalankan pihaknya menemui beberapa isu yang mengarahkan berlaku ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi.


Aktiviti untuk membiayai kegiatan politik itu dakwanya didalangi kartel, agensi berkaitan serta pemilik bot nelayan tempatan dan nelayan asing.

Justeru Jingga 13 menuntut tindakan tegas diambil terhadap semua individu yang terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa termasuk ahli politik serta pegawai kerajaan


"Memorandum sama juga akan diserahkan kepada Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dalam masa terdekat," tambah Mikhael.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page