top of page

Jika Umno bertanding solo, suasana politik di Johor sangat menarik



Sekiranya Umno bertanding secara solo tanpa melibatkan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan datang maka suasana amat menarik dalam politik Johor.


Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, komposisi parti-parti politik di Johor begitu menarik kerana PN mempunyai 29 ADUN dan PH mempunyai 27.


Sekiranya Umno tidak bersama PN maka blok terbesar adalah PH, biar pun tidak cukup majoriti membentuk kerajaan.


"Jadi PH mempunyai 27 kerusi. Bagi pihak kerajaan, di dalam keadaan sekarang kena pastikan bahawa sehingga PRU mereka masih bersama 29 ini.


"Tetapi ianya akan berakhir apabila datangnya PRU 15. Sebab kita tahu Umno dalam Perhimpunan Agung mereka mengatakan hubungan dengan Bersatu atau dengan PN hanya setakat PRU 15.


"Jadi akan berlaku pecah dua, dan bilangan Ahli Parlimen Bersatu begitu signifikan kerusi mereka. Jadi kita pun tak tahu apa akan berlaku dalam PRU di Johor nanti. Tetapi suasana amat menarik," katanya dalam wawancara bersama Suara Keadilan, baru-baru ini.


Keengganan Umno untuk berbahagi kerusi dengan musuh politiknya Bersatu akan menyebabkan berlakunya pertandingan 3 penjuru dan mungkin memberi kelebihan kepada PH di kawasan-kawasan pengundi campuran.


Berbanding di Melaka misalnya, yang mana Umno mempunyai banyak kubu kuat, situasi di Johor lebih getir berikutan hampir separuh DUN di negeri itu telah pun secara konsisten beralih sokongan kepada PH sejak PRU 2013.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page