top of page

'Jika PM berani, heret semua pelaku skandal kapal TLDM ke mahkamah'




Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai 2 pilihan dalam skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia.


Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, PM Ismail boleh memilih untuk mengheret individu yang bertanggungjawab ke mahkamah melalui siasatan telus oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyediakan peluang yang lebih baik kepada BN bersaing dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Atau, katanya, PM mengikut telunjuk kluster mahkamah dan akan menghukum BN sebagaimana dalam PRU 14 lalu.


"Sekiranya dia (Ismail) berjaya mengheret ke mahkamah pelaku kes kapal LCS atau kluster mahkamah dihukum sebelum PRU makanya dia akan mendapat kepercayaan rakyat. Namun PM akan berhadapan tekanan maha besar dari dalam kepimpinan Umno .


"Namun sekiranya dia menuruti kehendak kluster mahkamah, makanya keyakinan rakyat akan menjauh kepada Umno dan kerosakan pasti akan berlaku kerana pastinya mereka (kluster mahkamah) akan gunakan pelbagai cara untuk terus berkuasa bagi menutupi segala salah laku. Kehilangan kuasa memang sesuatu yang amat perit bagi mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi rakyat pula, kata Fakhrulrazi, mereka seharusnya berfikiran lebih kritis dalam menghadapi skandal demi skandal BN.


Mungkin skandal 1MDB telah berlaku dan LCS bermula sejak sedekad lalu, namun skandal pembekalan 5G yang melibatkan kos RM18 bilion masih sedang berlaku di bawah kerajaan ketika ini.


"Pilihan di tangan kita sama ada untuk mengajar Umno atau terus memberi peluang kepada mereka terus merompak hasil negara yang akhirnya kedaulatan dan maruah negara tidak mustahil tergadai.


"Kita merdeka tidak sampai 70 puluh tahun. Perjuangan mendapatkan kemerdekaan ratusan tahun dan ribuan yang kehilangan nyawa.


"Hakikatnya kita kuat, tetapi kita ditipu dan dikhianati oleh beberapa pimpinan Melayu yang menjajah kita," katanya lagi.


Justeru, ADN Meru itu mengajak rakyat membuat reformasi tulen menyelamatkan Malaysia dalam PRU 15 nanti.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page