top of page

Jika pemulihan ekonomi berjaya, Malaysia jadi negara maju 2028



Malaysia disebut sebut sebagai Harimau Asia yang akan menjadi negara maju dalam tempoh dua dekad pada 1990an lalu.


Namun akibat pelbagai kendala ekonomi Malaysia akhirnya terperangkap dalam lingkaran negara berpendapatan sederhana yang tidak berkembang selepas 2015.


Oleh itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, meminta rakyat agar memberi peluang kepada Kerajaan Madani membetulkan semula ekonomi negara dengan membawa masuk sebanyak mungkin pelaburan asing berkualiti bagi mengembalikan pacuan ekonomi ke landasan yang betul.


"Kita tak jauh dari menjadi negara maju. Dah 10 tahun kita tersasar jadi negara maju. Sekarang contohnya kita tersasar lebih kurang AS$ 2,000 pendapatan per kapita rakyat untuk diiktiraf (sebagai negara maju).


"Sepatutnya sekitar AS$13,000 seorang. Tetapi kita hanya AS$11,000 dan telah 10 tahun begitu. Lagi lama kita tersasar Indonesia, Vietnam semakin cepat ke hadapan. Masa depan Malaysia rasa macam perlahan, tak sama seperti saya muda muda dulu.


"Sekarang kalau keluar universiti, ambil pinjaman pun belum tentu dapat kerja yang baik," katanya pada majlis pengumuman calon Kerajaan Perpaduan di Taman Tasek Mutiara, DUN Sungai Bakap, malam tadi.


Sehubungan itu, kata Rafizi, pemimpin politik telah pun mengenepikan ego masing masing untuk membentuk Kerajaan Perpaduan bagi memulihkan negara. Maka rakyat, katanya, perlulah bersama kerajaan dalam merangka masa hadapan yang lebih baik.


Tidak mustahil, ujar Rafizi, dengan usaha bersama itu negara akan mendapatkan semula mimpi lama untuk menjadi negara maju dan kali ini ia akan menjadi kenyataan.


"Apa yang kita perlu buat? Kita perlu pelaburan besar besaran dalam negara. Pelaburan bukan semata mata pelaburan asing masuk supaya ada kerja gaji tinggi, canggih, itu tak cukup.


"Pelaburan dalam ekonomi untuk jadi negara maju. Kita perlukan pelaburan insfrastruktur negara, bina tenaga kerja dan bakat muda punya kemahiran masa depan. Kalau ini berjaya kita buat barulah kita boleh rancakkan kembali ekonomi.


"Maka negara kita (dijangka) boleh diiktiraf sebagai negara maju dalam 2027 - 2028," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page