top of page

'Jika menang, saya duduk di DUN Rengit, berdekatan rakyat' - Khairuddin A Rahim



Wakil rakyat seharusnya duduk bersama rakyat yang di bawah jagaannya.


Hal itu merupakan tekad calon KEADILAN, Khairuddin A Rahim yang akan berpindah ke Rengit sekiranya menang pada Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac ini.


Katanya, sebelum ini beliau menetap di DUN Senggarang bersebelahan Rengit ketika menjadi wakil rakyat di sana namun kedudukan itu agak jauh dengan DUN Rengit.


"Saya nak buat rekod supaya BN tumbang di Rengit. Nak kenal saya tanya DUN Senggarang di sebelah. Bagaimana saya beri khidmat kepada DUN Senggarang.


"Rakyat mahu wakil rakyat yang senang ditemui, bukan duduk di Kuala Lumpur. Saya duduk Senggarang. Saya hari hari ada di Senggarang, di pejabat. Gaduh sebelah kebun pun jumpa wakil rakyat untuk penyelesaian. Itu yang rakyat mahu. Wakil mereka ada di samping .


"Saya berniat kalau dapat jadi wakil rakyat Rengit, saya cakap dengan orang rumah saya, akan duduk di Rengit.


"Janji saya, kalau jadi wakil rakyat saya duduk dengan rakyat di sini," katanya dalam ceramah bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang tadi.


Khairuddin mahu pengundi Rengit melihat rekodnya menangani isu isu rakyat termasuk isu di kampung Orang Asli sebagai testimoni sebelum membuang undi hujung minggu ini.


"Kawan di kampung Orang Asli kalau nak tahu rekod saya pergi desa Sri Pantai di mana kaum bumiputera asli di bawah saya, tanya apa yang saya beri khidmat kepada Orang Asli di Kg Sri Pantai.


"Tanya orang Senggarang, jangan tanya orang luar, bagaimana khidmat saya. Kita harap wakil rakyat yang tuan puan pilih mereka bersama sama tuan tuan. Wakil rakyat hendaklah memperjuangkan suara rakyat tak kira sama ada kita menongkah arus.


"Ada orang kata isu saya bawa kritikal seperti isu kuari dan sebagainya. Saya tak kisah. Asalkan isu rakyat walau melibat pihak penguasa, saya akan cakap," katanya.


Khairuddin sebelum ini merupakan ADUN yang bertanggungjawab membangkitkan isu hutan simpan (Ramsa) Pulau Kukup yang dipindah milik bagi diserahkan kembali kepada rakyat.


"Awal saya jadi wakil rakyat isu tergempar di dewan saya bawa mengenai Pulau Kukup. Kembalikan Pulau Kukup kepada rakyat. Masa itu ia dijadikan tanah kesultanan Johor, pulau itu kawasan Ramsa. Akhirnya beberapa bulan saya ditunjukkan geran, YB tanah ini telah ditukarkan kepada rakyat. Saya gembira.


"Saya harap pengundi di Rengit beri sokongan kepada saya. Saya akan perjuangkan hak tuan tuan walau hadapi orang besar besar," katanya.


Sebelum itu, Khairuddin juga berjanji untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan juga gelombang internet yang terlalu lemah di Rengit sehingga menyukarkan pelajar untuk belajar, atau yang bekerja dari rumah untuk meneruskan pekerjaan pada waktu pandemik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page