Jika hilang majoriti, Agong tentukan PM berikutnya, bukan buka tawaran kerjasama - Dr Agus


Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin telah melanggar Perlembagaan Persekutuan apabila mengemukakan tawaran kepada pihak pembangkang untuk bekerjasama menyokong kerajaan setelah beliau hilang majoriti.


Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Tan Sri Mahiaddin sepatutnya meletak jawatan apabila sah hilang majoriti dan terpulang kepada pertimbangan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik PM baharu sesuai dengan kuasa Baginda.


"Perkara 43(4) menyatakan, jika PM tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka PM hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.


"Ini yang sepatutnya berlaku, bukannya muncul di kaca tv menawarkan kerjasama rentas parti dengan parti-parti pembangkang.


"Siapa PM selepas itu, adalah kuasa Baginda Agong untuk menentukannya," kata beliau dalam catatan di Facebook.


Menurut Dr Agus lagi, Mahiaddin tidak mempunyai kuasa tawar-menawar selepas kehilangan majoriti. Manakala kuasa menentukan kerajaan berikutnya terletak atas pertimbangan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 40(2)(a) yang menyebut, “Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: (i) melantik seorang Perdana Menteri” yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti ahli dewan.


Oleh itu, tambah Dr Agus, prosedur yang betul ialah Mahiaddin meletak jawatan terlebih dahulu dan selepas itu beliau boleh memulakan rundingan dengan mana-mana parti yang mahu dijadikan sekutu untuk membentuk kerajaan.


"Apa seterusnya? Jawapannnya ialah letak jawatan dahulu, sebab kerajaan sudah tidak ada majoriti. Selepas itu baharulah boleh berunding untuk mencadangkan kerajaan baharu sekiranya ada sokongan majoriti.


"Ikut proses Perlembagaan. Agong tentu dapat mencari penyelesaiannya," kata Dr Agus lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER