Jika Ekonomi Tidak Baik, PN Kalah PRU 15
- Abdul Rahim Razak
- Jun 29, 2020
- 1 min read
Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang berpendapat sekiranya ekonomi tidak ditangani dengan baik kerajaan PN atau pun Muafakat Nasional (MN) akan kalah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 15.
Katanya, PRU akan datang sama ada diadakan secara mengejut atau tidak, rakyat akan lihat keadaan ekonomi. Kalau ekonomi teruk, pengundi tidak akan tengok PN atau MN kerana mereka terseksa.
Rakyat hari ini tidak nampak ekonomi dibangunkan dengan baik kerana kerajaan PN setiap hari menghadapi tekanan dalaman dan tiada fokus.
Bagi pembangkang, memang peruntukan ahli parlimen disekat ketika ini. Namun PH masih ada peluang kerana boleh tunjuk kepada rakyat rekod 22 bulan memerintah.
PH boleh tunjukkan kepada rakyat cara kerajaan lalu agihkan peruntukan tanpa pilih kasih dan mendahulukan rakyat, tidak sebagaimana dilakukan PN.
Comments