'Jika BN - PN terus memerintah anak anak kita akan cari kerja di luar negara'



Model pembangunan kerajaan BN dan kemudian BN - PN yang mengkayakan golongan elit menyebabkan ekonomi Malaysia beku dan tidak ke mana mana dalam tempoh dua dekad.


Pengarah Komunikasi KEADILAN Pusat, Lee Chean Chung berkata, hal itu boleh dilihat dengan minimumnya kenaikan gaji atau menurunnya simpanan kecemasan rakyat negara ini dalam dua dekad terakhir.


"Kita dapat tahu sekarang ramai rakyat ikut kajian, dalam kocek simpanan tak sampai RM1000. Bayangkan kawan kawan bila beli barang kena fikir, naik motor minyak habis kena fikir nak isi minyak atau tidak. Hantar anak sekolah kena fikir macam mana nak hantar tuiysen tak mampu.


"Corak pembangunan hanya kayakan kroni tetapi rakyat dilupakan. Adakah kita mahu 60 tahun akan datang ikut hala tuju pembangunan sama? Jadi undi anda amat penting. Kita tidak mengundi tiap tiap hari. Undi sekali 5 tahun, 2 kali undi 10 tahun.


"Kalau kita cuai, tidak galakkan anak muda keluar mengundi maka dalam 60 tahun akan datang kita lihat anak kita kerja di luar negara. Dulu pekerja asing datang kerja negara kita, sekarang orang Vietnam tak mahu datang, orang Indonesia kalau boleh duduk sana kerana negara mereka mula membangun," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Bandar Tun Razak, malam tadi.


ADUN Semambu itu juga membandingkan pelarian Vietnam yang bersabung nyawa ke pulau pulau di Terengganu pada 1980an dan kemudian ditempatkan di negara Barat hari ini mahu pulang semula ke tanah air mereka kerana ekonomi yang semakin baik.


Sedangkan katanya, Malaysia seolah olah terhenti kemajuannya dan rakyat yang belajar di luar negara tidak mahu pulang kerana gaji yang teruk di negara ini.


"Adakah kita sanggup biarkan anak kita kerja di luar negara kerana tiada ada peluang perniagaan baik, tak ada dasar PKS yang baik yang menjadikan perniagaan makin susah dan gaji tak meningkat?" tanyanya.


Chean Chung juga menegur sistem pendidikan negara yang terkebelakang sehingga murid terpaksa membawa beg sekolah amat berat seorang pada era teknologi maklumat.


Namun, katanya, cikgu Fadli yang mengkritik ketinggalan sistem pendidikan itu pula diancam melalui pelbagai tindakan.


"Cikgu Fadli muatnaik satu status (di Facebook) anak kita terbeban dengan buku teks yang berat, kurikulum telah ketinggalan zaman, matematik dan sains kita tahap Afrika. Apa yang dia kata itu salah kah? Betul apa yang dia katakan.


"Dia suarakan dalam dialog, utus surat tetapi akhirnya dia mahu diambil tindakan.


"Oleh itu kita tahu pentingnya (dalam pilihan raya) membentuk sistem pendidikan terbaik supaya anak kita terbela. Yang membolehkan anak kita dapat pendidikan baik dan berdaya saing," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER