top of page

Jika benar belanjawan lawan Covid 19 mengapa potong peruntukan KKM?



Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan mula sangsi hala tuju sebenar Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 6 November lalu.


Kerajaan PN sewajarnya mempunyai tugas berat dalam melawan pandemik Covid 19 dan memenuhi titah Yang di-Pertuan Agong agar belanjawan perpaduan itu diluluskan secara sebulat suara di Parlimen.


Namun, menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Belanjawan 2021 didapati melakukan pemotongan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bukan menambah sebagaimana diharapkan dalam melawan wabak maut.


Kata Dr Dzul, peruntukan RM31.94 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang diumumkan lebih rendah berbanding peruntukan bagi tahun 2020, ketika Covid 19 belum wujud sewaktu belanjawan dibentang.


“Tolak emolumen RM1.5 bilion kakitangan kontrak, maka jumlah peruntukan sebenar (untuk) KKM ialah RM30.4 bilion (sewaktu pentadbiran PN) Vs RM30.6 bilion (PH)! Kenapa,” ciapnya di Twitter.


Pemotongan itu, tambah Dr Dzul, merangkumi program perubatan, kesihatan awam, kesihatan pergigian, perkhidmatan farmasi, penyelidikan dan sokongan teknikal serta penyelidikan dan sokongan teknikal.


Beliau turut menyertakan penjadualan yang dibuat oleh portal kesihatan Codeblue yang menyenaraikan beberapa potongan yang terlibat dalam belanjawan kali ini. Antaranya:


• Nefrologi: RM252.11 juta (2020) kepada RM56.44 juta (2021)


• Kardiotoraks: RM180.5 juta (2020) kepada RM60.11 juta (2021)


• Farmasi dan Bekalan: RM1.94 bil (2020) kepada RM512 juta (2021)


• Radioterapi dan Onkologi: RM328 juta (2020) kepada RM136.43 juta (2021)


• Perubatan Am: RM1.73 bil (2020) kepada RM1.48 bil (2021)


• Anestesiologi dan Rawatan Rapi: RM499.56 juta (2020) kepada RM449.45 juta (2021)


• Perubatan Pernafasan: RM38.4 juta (2020) kepada RM34.4 juta (2021)


• Psiakiatri dan Kesihatan Mental: RM344 juta (2020) kepada RM313 juta (2021)


Dalam temubual bersama Astro Awani kelmarin, Dzulkefly juga menyuarakan kebimbangannya lewat kemerosotan peruntukan untuk KKM.


"Saya perlu katakannya kerana kita telah kurang mengeluarkan perbelanjaan (untuk KKM) sejak sedekad lalu, ini adalah masa yang terbaik untuk kita mengeluarkan perbelanjaan lebih. Kita (KKM) kekurangan kakitangan, kekurangan dana, jadi ini adalah masa yang terbaik.


"[..] .. Untuk penyakit tidak berjangkit (NCD), apa-apa untuk penjagaan kesihatan yang utama, semuanya perlu ditingkatkan, peruntukan itu tidak banyak pun, jadi itu menjadi kebimbangan saya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page