top of page

Jerebu: Keperluan gubal RUU rentas sempadan dikaji semula



Kajian akan dilakukan bagi mengkaji sekiranya ada keperluan meneruskan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Jerebu Rentas Sempadan yang pernah dicadangkan sebelum ini.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, hal itu kerana penggubalan rang undang-undang berkenaan sebelum ini berdepan beberapa kekangan termasuk perjanjian di peringkat negara-negara ASEAN.


"Kita juga tengok pengalaman negara yang sudah ada berkaitan RUU itu, seperti di Singapura, ada beberapa kekangan bila nak buat perundangannya dan kita tengok juga contoh yang paling berjaya adalah perjanjian yang dipanggil Air Quality Agreement antara Kanada dan Amerika Syarikat," katanya dipetik.


Ahli Parlimen Setiawangsa itu mengulas usaha menangani jerebu kepada pemberita selepas merasmikan Program Semarak Transformasi Siswa Madani Perak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau turut menjelaskan, isu jerebu sentiasa dibincang dalam mesyuarat sub-regional ASEAN yang diadakan setiap tahun, namun ia belum cukup memuaskan dan tidak menyelesaikan isu jerebu rentas sempadan.


"Jadi kita akan cuba lihat semua pilihan termasuk perjanjian atau RUU jerebu rentas sempadan ataupun perjanjian memperbaiki Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) sebagai penyelesaian kepada masalah jerebu selaras dengan matlamat Asean untuk menjadi bebas jerebu menjelang 2030," jelasnya.


Rang Undang-Undang Jerebu Rentas Sempadan pernah dicadang oleh NRECC sebelum ini ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 namun tidak diteruskan di bawah Kementerian Alam Sekitar (KASA) apabila Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page