top of page

Kempen 'Turun Anwar' politik sempit golongan terdesak - Karen Kasturi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 3
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Timbalan Bendahari Wanita KEADILAN Pusat, J Karen Kasturi (gambar) mengecam kempen 'Turun Anwar' yang disifatkan beliau sebagai terdesak dan tidak bertanggungjawab kerana cuba menggugat kestabilan politik demi kepentingan sempit.


Beliau yang memandang serius kempen itu berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan realiti sebenar pencapaian pentadbiran negara di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada waktu Malaysia telahpun berada dalam fasa pemulihan ekonomi dan pembinaan semula negara pasca pandemik Covid 19.


''Kerajaan MADANI bukan sahaja telah berjaya menstabilkan landskap politik negara selepas era ketidaktentuan yang panjang, malah sedang melaksanakan dasar ekonomi dan sosial lebih inklusif, telus dan berasaskan akauntabiliti.


''Ini adalah langkah penting yang memerlukan masa, kesabaran dan dukungan berterusan daripada seluruh rakyat,'' kata beliau dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Karen Kasturi terus menempelak pihak tertentu yang memainkan retorik populis lewat kempen 'Turun Anwar' sebagai tidak menawarkan pelan alternatif yang lebih baik atau realistik.


Malah ujarnya, tindakan itu sekadar mencetuskan keresahan awam, menjejaskan keyakinan pasaran dan memperlahankan momentum reformasi institusi yang sedang giat dilaksanakan.


''Saya percaya keberanian Perdana Menteri memperkukuh integriti sistem pentadbiran adalah langkah ke hadapan membina sebuah negara yang bersih dan berprinsip.


''Selain itu, dasar fiskal yang berhemah dan pelaburan ke atas kebajikan rakyat membuktikan keutamaan kerajaan adalah tepat dan berimbang.


''Peningkatan keyakinan pelabur asing dan pencapaian Malaysia dalam pelbagai indeks global juga menjadi bukti negara berada di landasan tepat,'' katanya.


Menurut Karen lagi, kepimpinan Anwar yang juga Presiden KEADILAN bukan sekadar menyenangkan hati tetapi mempunyai visi jangka panjang, daya tahan dan keberanian membuat keputusan sukar tetapi bertepatan.


Datuk Seri Anwar ujarnya, pemimpin dengan prinsip dan tidak tunduk kepada tekanan populis, sekali gus nilai kepimpinan seperti itu wajar mendapat sokongan rakyat Malaysia yang rasional dan berwawasan.


''Oleh itu saya menolak sepenuhnya segala cubaan menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri melalui kempen retorik dan tekanan politik tidak berasas.


''Tindakan sedemikian bukan sahaja melemahkan institusi demokrasi, bahkan mengkhianati aspirasi rakyat yang mahukan perubahan sebenar melalui reformasi menyeluruh dan pentadbiran bersih.


''Saya menyeru semua pihak untuk menilai prestasi kerajaan berlandaskan fakta, bukan sentimen. Ini bukan masanya untuk menggugat kestabilan negara,'' katanya lagi.


Untuk rekod, pembangkang kini giat memperalatkan mahasiswa menentang rasuah dan kes saman sivil Yusof Rawther sebagai cara mendesak perdana menteri meletak jawatan atas alasan yang kurang jelas.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page