top of page

Bina Negara Dengan Akal, Bukan Naratif Amarah Bebal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 3
  • 2 min read

ree

Oleh: Arman Kebenaran


ULASAN: Dalam kemelut politik semasa negara kini, saya dapati satu fenomena yang semakin membimbangkan ialah keterlibatan golongan pelajar dengan agenda kebencian yang dipacu oleh pihak berkepentingan. Tindakan biadab sekumpulan pelajar yang menghina Perdana Menteri Malaysia dengan kata kata kesat merupakan gambaran jelas bahawa virus kebencian yang ditanam oleh tokoh-tokoh tertentu pihak pembangkang, kini sedang meracuni pemikiran anak muda kita.


Sebenarnya jika kita benar amati cerita politik kini, tidak sukar untuk menelusuri dari mana datangnya racun ini. Tokoh-tokoh yang terdiri dari para pemimpin pembangkang, para pempengaruh mereka, tok saka tua, serta sekutunya baik di Semenanjung mahupun di Borneo, terutama dalam Perikatan Nasional yang sering kali melemparkan retorik penuh kebencian dan propaganda tidak berfakta.

Memainkan emosi rakyat


Mereka sentiasa memainkan emosi rakyat dengan isu-isu yang dimanipulasi, lalu menghasut masyarakat untuk membenci pemimpin kerajaan, khususnya Perdana Menteri Malaysia dalam pelbagai helah serta cara. Malangnya, hasutan ini nampaknya seperti berjaya menyusup ke dalam institusi pendidikan, mengheret pelajar menjadi alat propaganda politik yang dangkal.


Hakikatnya, tindakan mencaci PM bukan sahaja tidak beradab serta biadap, malahan ia seperti mencabar asas demokrasi negara.


Dalam sejarah politik negara, tidak pernah berlaku di zaman Pakatan Harapan sebagai pembangkang suatu ketika dulu, tindakan terbuka yang menghina, memaki institusi Perdana Menteri secara terancang dan melibatkan pelajar sebegini rupa.


Meskipun Pakatan Harapan bersuara lantang menentang ketidakadilan dan rasuah, namun mereka masih menjunjung adab serta menghormati batas dalam berpolitik.


Sebaliknya, Sekarang ini budaya politik kebencian yang dibawa oleh kelompok tertentu terutama dalam Perikatan Nasional menghalalkan apa sahaja cara demi menanam persepsi buruk terhadap kerajaan.


Medan perbalahan tidak berkesudahan


Merekalah yang memainkan sentimen perkauman, keagamaan dan anti-kerajaan dengan tujuan tunggal: menjatuhkan lawan walau dengan fitnah, kutukan dan kebencian. Inilah antara punca masyarakat semakin berpecah dan politik negara menjadi medan perbalahan yang tidak berkesudahan.


Oleh itu, dalam penulisan ringkas ini saya ingin menyeru rakyat Malaysia khususnya golongan muda ini agar sedar dan bangkit mempertahankan nilai-nilai murni dalam demokrasi. Bersuara dengan fakta dan hujah, bukan dengan caci maki dan sentimen kebencian melampau.


Jika kita benar cintakan negara, maka jangan biarkan pemikiran kita dijajah oleh sang penghasut yang tidak peduli akan masa depan negara, asalkan agenda politik rakus mereka tercapai.

Penulis merupakan Ketua Penerangan KEADILAN Tangga Batu, Melaka merangkap AJK Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page