top of page

Jentera Wanita KEADILAN siap siaga hadapi PRN Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 14
  • 1 min read

Wanita KEADILAN Pusat bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan pada bila bila masa menjelang akhir tahun ini.


Menurut kenyataan Pejabat Ketua Wanita KEADILAN Pusat, keyakinan itu berdasarkan jentera pilihanraya sayap wanita itu yang telah diaktifkan sejak beberapa bulan lalu.


"Wanita KEADILAN melaungkan keyakinan penuh menghadapi PRN Sabah yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Jentera Wanita KEADILAN telah digerakkan bagi melakukan persiapan ampuh untuk pilihanraya.


"Bermula pada Januari lalu, Jawatankuasa Pilihan Raya Wanita KEADILAN Sabah telah ditubuhkan dan berfungsi secara aktif untuk memperkukuh persiapan di semua peringkat.


"Ini bagi memastikan kesiapsiagaan jentera wanita untuk turun ke gelanggang dengan teratur dan strategik," kata kenyataan itu.


Persiapan tersebut, kata kenyataan berkenaan, diperkuat dengan pelantikan Ketua Wanita dan Timbalan Ketua KEADILAN Sabah semalam.


Dalam mesyuarat yang diadakan, Datin Rufinah Pengeran yang juga Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat telah dilantik sebagai Ketua Wanita KEADILAN Sabah, manakala Noraini Abd Ghapur dipilih sebagai timbalannya.


Pelantikan itu penting bagi memastikan kelancaran gerak kerja Wanita KEADILAN Sabah menghadapi pilihanraya.


Mengulas pelantikan berkenaan, Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek berkata dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Wanita KEADILAN Sabah, juga kepimpinan dan pengalaman yang ada pada Rufinah, maka ianya dapat memastikan persediaan terbaik jentera akar umbi Wanita menghadapi PRN.


"Saya menyeru seluruh kekuatan Wanita KEADILAN Sabah untuk teguh bersama dan berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan pada PRN Sabah nanti," kata Fadhlina mengulas lanjut pelantikan Rufinah dan Noraini.


Selain itu, kenyataan berkenaan turut memaklumkan Wanita KEADILAN turut menganjurkan Sekolah Wanita (SWAN) Zon Sabah yang memfokuskan kepada agenda pemerkasaan wanita dan siri bengkel persediaan menghadapi pilihanraya sehingga Ahad ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page