top of page

Jentera PH tidak arah petugas guna gambar Agong ketika kempen



Jentera Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengarahkan atau membenarkan mana-mana petugas menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dalam aktiviti kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.


Pengarah kempen PH, Ng Sze Han berkata, tindakan menggunakan gambar Sultan Ibrahim dalam kempen adalah perbuatan yang tidak wajar dan tidak seharus berlaku.


"Sebagai pengarah kempen PH PRK Kuala Kubu Baharu, saya ingin tegaskan bahawa kami tidak pernah mengarahkan atau membenarkan tindakan itu oleh mana-mana petugas kempen PH," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sze Han yang juga Exco kerajaan negeri berkata pihaknya mengambil maklum tentang siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa mengenai perkara itu.


"Kami bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan," katanya.

Beliau mengulas insiden gambar Yang di-Pertuan Agong diletakkan pada sebuah kenderaan semasa kempen PRK tersebut.


Laporan menyebut poster itu diletakkan atas kenderaan yang membawa sepanduk dan di belakangnya dipasang bendera PH.


Dalam pada itu, dua individu yang ditahan kerana mempamerkan gambar Sultan Ibrahim pada sebuah kenderaan dalam kempen PRK Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Ahad lepas didakwa di mahkamah hari ini.


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kedua-dua individu yberusia 66 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu mengikut Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengembangkan niat jahat.


Media sebelum ini melaporkan polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu.


Kedua-dua individu terbabit direman tiga hari bermula 5 Mei lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page