Oleh: Noraini Nordin
SOROTAN PRK SUNGAI BAKAP: Suhu politik di DUN Sungai Bakap sudah mula panas.
Lebih panas lagi apabila ramai yang tidak sabar-sabar menanti nama-nama calon yang bakal diumumkan bertanding di DUN tersebut.
Tidak terbuai dalam dunia 'berteka teki atau berspekulasi' berkaitan calon, jentera daripada parti parti Kerajaan Perpaduan ketika ini terus mara memperbulatkan muafakat bergerak secara bersepadu untuk menawan kembali DUN Sungai Bakap.
Malam esok bakal berlangsung pelancaran jentera perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil DUN N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di DUN tersebut.
Pelancaran yang dijadualkan bermula jam 9 malam itu pastinya membangkitkan lagi semangat juang para jentera untuk berkempen berhabis habisan demi meraih kemenangan bergaya.
Sejak dua minggu lalu pasukan strategik parti parti sudah mula berkampung untuk menyusun langkah menawan pengundi Sungai Bakap.
Siap siaga tawan Sungai Bakap
Untuk rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 22 Jun ini sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Sungai Bakap manakala hari pengundian adalah pada 6 Julai 2024.
PRK DUN Sungai Bakap adalah PRK kelapan sejak berakhirnya PRU15.
Tujuh PRK sebelum ini ialah Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram, DUN Pelangai, DUN Jepak, Parlimen Kemaman dan DUN Kuala Kubu Bharu.
Sebab itu, PRK Sungai Bakap adalah penting buat calon Perpaduan meskipun kerusi tersebut dimenangi oleh Pas-PN pada Pilihan Raya Negeri, Ogos 2023 lalu.
Calon KEADILAN sebelum ini ialah Nurhidayah Che Rose, Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang di mana beliau tewas dengan kekurangan 1,563 undi berbanding calon Pas-PN Allahyarham Nur Zamri Latif yang meninggal dunia baru-baru ini.
Gelanggan sudah dibuka
Dengan pelancaran jentera pada minggu depan bermakna gelanggang pertandingan sudah sedia dibuka lebih awal untuk seluruh jentera parti parti daripada Kerajaan Perpaduan memulakan gerak kerja masing masing di Sungai Bakap.
Ayuh ..mari kita bersama turun seramai mungkin ke Sungai Bakap bagi memastikan kerusi DUN itu menjadi milik Kerajaan Perpaduan.
_________________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Comments