top of page

Jentera parti kerajaan digesa kerja keras, jangan terlalu selesa



Jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan digesa tidak merasa terlalu selesa dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di beberapa negeri tidak lama lagi.


Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek berkata, kerja keras semua jentera amat diperlukan bagi memastikan kemenangan dapat dikekalkan di kerusi-kerusi sedia ada selain memenangi hati pengundi di kawasan yang tidak menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.


Langkah itu jelasnya penting walaupun prestasi baik pentadbiran Kerajaan Perpaduan dilihat mampu memberi keyakinan kepada pengundi.


"Prestasi Kerajaan Perpaduan dalam tujuh bulan ini sangat baik dan semua inisiatif-inisiatif yang telah kita kongsikan serta khidmat kebaktian yang kita beri kepada rakyat sangat baik.


"Namun kita perlu bekerja keras untuk memenangi semula, maknanya kerusi-kerusi yang kita lihat bukan kalah tapi tak cukup menang," katanya.


Fadhlina yang juga Menteri Kesihatan ditemui media selepas melancarkan jentera pilihanraya KEADILAN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal di sini, pada Sabtu.


Pelancaran itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kepala Batas, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.


Sementara itu Fadhlina menyatakan keyakinan terhadap kekuatan kekuatan jentera parti dalam kerajaan. Dengan aura positif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ia jelasnya menjadi salah satu kekuatan dalam menawan hati pengundi.


"Kita mengharapkan mandat rakyat dikembalikan kepada kita untuk memperkukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan ini.


"Kita perlukan mandat rakyat untuk menstabilkan negara khususnya meningkatkan ekonomi dan sosio ekonomi dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page