top of page

Jentera KEADILAN Selangor sedia hadapi PRU-15

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Apr 8, 2021
1 min read

Pengarah Komunikasi KEADILAN Negeri Selangor, Shaifuddin Shafi menyifatkan jentera parti sudah berada dalam keadaan sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Beliau berpandangan, pelancaran Bilik Gerakan Utama Negeri Selangor oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi landasan kepada gerak kerja Jawatankuasa Pilihanraya Negeri yang lebih tersusun.


"KEADILAN Selangor menunjukkan bahawa matlamat memenangi pilihan raya sentiasa menjadi fokus utama dalam proses menjayakan agenda Reformasi dan mengembalikan mandat rakyat," katanya.


Justeru, beliau percaya KEADILAN akan mempertahankan negeri itu sekali lagi pada PRU-15.


"Kita yakin bahawa jentera KEADILAN Selangor telah pun bersedia untuk turun sebagai sebuah kesatuan bagi menyantuni dan memenangi undi rakyat negeri ini yang menjadikan Selangor sebagai kubu kuat KEADILAN sejak 2008.


"KEADILAN Selangor berharap bahawa persediaan jentera yang ditunjukkan malam ini akan meniup semangat kepada anggota-anggota KEADILAN seluruh tanah air untuk turut mula mengatur langkah dan mempersiapkan ketumbukan masing-masing," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page