top of page

Jentera KEADILAN diseru jadi gelombang maklumat kepada rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 9, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Jentera parti KEADILAN diseru untuk menjadi ejen penyampai maklumat ke akar umbi agar agenda yang dibawa Kerajaan Madani dapat diterjemahkan kepada rakyat.


Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat (MPP), Siti Aishah Shaik Ismail berkata, usaha itu perlu dipergiatkan lagi memandangkan Kerajaan Perpaduan telah dibentuk melebihi setahun namun tidak banyak prestasi baik kerajaan yang dimaklumi rakyat.


"Kita akui kelemahan kita setahun yang lalu dalam menjadi ejen penyebar dan penyampai yang baik kepada masyarakat yang sering dikatakan sebagai tidak efektif.


"Pihak lawan sering mengambil kesempatan kepada kelemahan kita sehinggakan pelbagai perkara baik yang cuba kita lakukan tidak mendapat tempat di hati rakyat.


"Oleh itu, hari ini akan menjadi titik tolak kepada parti untuk dilihat kembali berfungsi (melakukan sebaran maklumat) dan ia harus dilakukan secara total," katanya dalam Konvensyen Penerangan KEADILAN Pusat di Saujana Hotel, Subang hari ini.


Justeru, Aishah mencadangkan inisiatif e-digital maklumat mengenai isu-isu semasa perlu diedarkan agar kerja-kerja penerangan oleh anggota dapat disampaikan kepada rakyat.


"Parti perlu mengaktifkan mesej center e-digital yang memberikan perincian isu-isu semasa yang kritikal agar semua agen penerangan menjadi orang pertama mendapat maklumat dari sumber yang tepat.


"Buku rangkuman tawaran, inisiatif, kebaikan yang ada pada setiap Kementerian perlu dikongsikan kepada semua agar rakyat dapat mengetahui inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page