top of page

Jenayah rogol bukan untuk dipersendakan - Wan Azizah


Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluahkan kebimbangannya berhubung isu yang tular melibatkan pelajar perempuan melalui aplikasi Tik Tok.


Beliau menganggap, video tular daripada pelajar itu yang merasa kesal akan kelakuan guru lelaki tersebut mempersendakan atau membuat lawak ke atas jenayah rogol itu adalah tindakan berani yang perlu diberi perhatian agar perkara seperti ini tidak berulang terutama di sekolah di mana seorang pelajar harus berasa selesa dan selamat.


"Adalah tidak wajar juga apabila seorang guru lelaki menunjukkan akhlak yang sebegitu seolah-olah “mengajar” pelajar-pelajar lelaki yang ada bersama-samanya ketika itu dengan bahasa-bahasa lucah, menunjukkan sikap tidak hormat kepada wanita apatah lagi “membolehkan” jenayah rogol walaupun dalam bentuk gurauan," katanya.


Wan Azizah juga memberi contoh melalui sebuah hadis mengenai seorang pemuda yang mendampingi Rasulullah pada suatu hari dan meminta izin untuk berzina.


"Betapa hikmahnya jawapan yang telah baginda Rasulullah berikan iaitulah dengan suatu pendekatan supaya timbul rasa hormat pemuda itu kepada mana-mana wanita yang dia ada keinginan untuk berzina dan menghormati mereka sepertimana dia menghormati seorang ibu, seorang anak perempuan, seorang saudara perempuan dan ibu saudara perempuannya dan ini akan mencegah pemuda itu daripada melakukannya," katanya.


"Saya mendesak agar pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas guru yang terlibat jika terbukti sahih," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page