top of page

Jenayah perang: Malaysia terus desak pemimpin Israel dihadap ke ICC



Malaysia akan menyokong kuat usaha mana mana negara yang mahu mengheret pemimpin rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berikutan jenayah perang dilakukan negara itu membunuh secara besar besaran orang awam Palestin dalam perang di Gaza.


Menurut Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh, Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tegas melalui Kementerian Luar Negeri akan berusaha membantu membawa pemimpin Israel ke ICC agar pemerintah negara itu dikenakan sekatan antarabangsa akibat meneruskan perang di Palestin.


"Itu antara kenyataan yang telah pun dibuat oleh Malaysia, bersedia menyokong mana mana pihak yang ingin membawa ke ICC.


"Kalau tak boleh bawa kita bantu orang (negara) yang bawa," katanya kepada Suara Keadilan.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ledang itu agak terkilan dengan sikap parti pembangkang PN yang sering mengecam pemimpin Kerajaan Perpaduan kerana merasakan apa yang dilakukan pemimpin negara masih jauh daripada mencukupi sedangkan proses bantuan yang dilakukan Malaysia katanya, telah diterangkan berkali kali.


Mengenai Malaysia yang tidak mampu mengheret pemimpin Israel ke ICC, hal itu kata beliau kerana negara ini gagal meratifikasi Statut Rom akibat ditentang keras oleh Pas dengan menghasut orang Melayu melakukan demonstrasi besar besaran pada 2019 lalu ketika kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan untuk mengiktiraf statut berkenaan.


"Kita bukan sebahagian anggota Rom Statut bermakna kita tidak boleh bawa ke ICC. Tetapi kita boleh menjadi penyokong kepada orang yang nak bawa ke ICC.


"Tak memadai kita kata kita bukan anggota Rom Statut jadi kita berdiam diri sahaja. Kita mesti ada usaha bincang balik dengan negara yang merupakan anggota Rom Statut ini supaya ada muafakat untuk bawa ke ICC," katanya lagi.


Mengheret pemimpin Zionis, terutama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke ICC amat penting. Sekiranya didapati melakukan jenayah kemanusiaan maka pemimpin itu akan dikenakan waran tangkap dan menyekat beliau untuk melawat ke negara negara yang menandatangani Statut Rom.


Sekatan antarabangsa juga boleh dikenakan ke atas Israel kerana melakukan jenayah perang.


Hal itu telah pun diberlakukan ke atas Rusia kerana menyerang Ukraine pada 2022 lalu. Presiden Rusia misalnya telah dikenakan waran tangkap dan tidak boleh pergi ke negara yang mengiktiraf Statut Rom, manakala negara itu dikenakan sekatan ekonomi oleh blok Barat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page