Jenayah atas talian meningkat ketika PKP, kerajaan perlu banteras segera - Wan Azizah


Penularan wabak COVID-19 memaksa semua lapisan masyarakat berada di rumah dan menggunakan khidmat atas talian.


Namun, perkara itu juga menyebabkan berlaku peningkatan jenayah atas talian.


Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya bertindak segera ke atas perkara itu.


"Dalam laporan media, kita boleh lihat indeks jenayah penipuan atas talian semakin meningkat ketika COVID-19.


"Saya berharap kerajaan ada langkah untuk mengesan penipuan, ini penting dalam menghadapi norma baharu," katanya di Dewan Rakyat.


Beliau juga berkata kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ismail Mohamed Said supaya kerajaan perlu mengambil langkah proaktif.


"Kerajaan perlu bersiap siaga dalam mencegah dan membanteras dan tingkatkan pencegahan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER