top of page

Jenamakan Semula Rasuah Sebagai Najis Rasuah



Oleh: Dr Bam Al-Haj


ULASAN: Rasuah mula berkembang dengan begitu ketara dalam kalangan orang politik di Malaysia sejak era Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri (PM) pada tahun 1981.


Umno yang pada awal penubuhannya dianggotai dan dipimpin oleh guru-guru Melayu yang ikhlas dan jujur untuk memajukan bangsa, telah bertukar menjadi parti orang bisnes.


Sejak era Mahathirlah politik wang mula bertapak di dalam Umno. Ahli-ahli perniagaan baharu yang mula naik hasil Dasar Ekonomi Baru (DEB) menjadi semakin rakus apabila disokong di belakangnya oleh tauke-tauke kaya.


Mereka melabur untuk mendapat kuasa dan melalui kuasa mereka akan merebut seberapa banyak kekayaan negara dan negeri untuk diri sendiri. Dari peringkat atas sampai ke bawah, rasuah dan politik wang sudah menjadi barah.


Rasuah tidak lagi terbendung


Pada zaman sesudah Mahathir (2003 hingga kini), politik wang sudah tidak dapat dibendung lagi. Ia sudah menjadi budaya apabila sebahagian besar orang-orang penting penjawat awam turut mengamalkan rasuah. Begitu juga dengan atasan GLC dan GLIC.


Sudah semakin ramai pelaku rasuah yang langsung tidak menghiraukan halal-haram dan mengamalkan konsep "matlamat menghalalkan cara." Prinsip agama yang menolak rasuah diketepikan. Masyarakat menganggap perilaku rasuah sebagai perkara biasa.


Itulah sebabnya kita lihat ada orang sanggup menangis apabila bossku yang begitu mereka sanjung dijatuhi hukuman kerana rasuah.


Beri istilah baharu rasuah


Oleh itu, rasuah kena diberi istilah baharu, iaitu Najis Rasuah.


Jika dadah boleh kita sebut sebagai Najis Dadah, kenapa kita tak boleh sebut rasuah sebagai Najis Rasuah?


Rasuah patut dijenamakan semula sebagai Najis Rasuah, Musuh Nombor Satu Negara!


Akibat Najis Rasuah yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.


Harga barang keperluan dan kos sara hidup meningkat, peluang pekerjaan berkurangan, inflasi semakin tinggi dan pelabur asing menjauhkan diri.


Akibatnya rakyat hidup menderita dan sengsara, semakin stress dan kejadian bunuh diri meningkat.


Masyarakat perlu jijik kepada rasuah


Najis adalah sesuatu yang jijik. Bila dipadankan perkataan najis dengan rasuah, baharulah timbul rasa jijik terhadap rasuah.


Najis Rasuah juga sinonim dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pengkhianatan terhadap sesuatu amanah yang melibatkan wang rakyat atau negara.


Dengan itu, akan timbul rasa malu, jijik dan takut terhadap sebarang perilaku Najis Rasuah. Rakyat juga akan benci dan memandang hina terhadap pelaku Najis Rasuah.


Rasuah jika tidak segera dibendung akan menyebabkan negara semakin mundur dan rakyat hidup dalam kemiskinan.


Contoh yang paling ketara ialah kenaikan harga barang keperluan. Apabila pihak melobi untuk mendapatkan kelulusan AP, akan ada pihak yang sengaja meminta suapan kerana mereka tahu dengan adanya AP peniaga akan mendapat untung yang berlipat-ganda.


Oleh kerana pemilik AP perlu memberikan Najis Rasuah kepada pihak yang "berkuasa", peniaga tiada pilihan lain melainkan menaikkan harga barang bagi menampung kos memberi rasuah tersebut. Siapa yang susah?


Oleh itu, rakyat Malaysia patut menjadikan perayaan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-65 kali ini untuk memerdekakan negara dari Najis Rasuah!


Tekad menolak rasuah, menolak penerima dan pemberi Najis Rasuah pada Pilihan Raya Umum ke 15 mestilah diterjemahkan ke kertas undi. Rakyat perlu menunjukkan kuasa sebenar bagi menyelamatkan negara.


________________________________________________________________________________

Dr Bam Al-Haj merupakan penulis bebas dan ahli NeuroMarketing Strategist

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page