top of page

Jemput Trump, jemput Netanyahu: Wan Fayhsal tidak faham diplomasi - AMK Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 8
  • 2 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Sindiran Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menunjukkan ketidakmatangan politik pembangkang PN yang mempersoalkan peranan Malaysia sebagai pendamai dalam konflik Gaza.


Ketua AMK Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi (gambar) berkata, cadangan sinis beliaul agar kerajaan menjemput Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Persidangan ASEAN bersifat gopoh dan tidak sensitif.


"Mantan Ketua Pemuda ARMADA Nasional itu memperlihatkan ketidakmatangan pemimpin pembangkang dalam memahami asas diplomasi antarabangsa.


"Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah entiti negara dan tegas menolak kekejaman rejim haram itu terhadap rakyat Palestin. Kenyataan Wan Fayhsal hanya mencalarkan imej negara di mata dunia," katanya dalam kenyataan.


Wan Fayhsal mengeluarkan cadangan sinis itu susulan jemputan ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur hujung bulan ini.


Kerajaan menegaskan jemputan Presiden AS, Donald Trump dalam Sidang Kemuncak ini dibuat atas kapasiti sebagai Pengerusi ASEAN


Menurut kerajaan, peluang itu akan digunakan untuk menyampaikan pendirian Malaysia mengenai isu Gaza kepada Trump.


Muhammad Iman Haziq sementara itu menegaskan, kenyataan pemimpin pembangkang itu bukan sahaja memperlekehkan usaha gigih Malaysia dalam memperjuangkan isu kemanusiaan global, malah boleh membuka ruang kepada propaganda Zionis yang berusaha menggagalkan sebarang inisiatif pendamaian.


"Malaysia perlu terus memainkan peranan utama dalam misi perdamaian antarabangsa dan tidak tunduk kepada pandangan politik sempit atau retorik kosong.


"Kedatangan Donald Trump ke Kuala Lumpur akan membuka ruang kepada Malaysia untuk membawa suara ASEAN dalam memperkukuh pendirian terhadap Palestin. Keutamaan kita ialah nyawa dan maruah rakyat Palestin, bukan gimik politik peribadi," katanya lagi.


Wan Fayhsal dalam sidang media sebelum ini menyatakan bantahan Presiden Trump dijemput menghadiri Sidang ASEAN.


Katanya, sekiranya tujuan jemputan untuk menegur Trump dalam isu Palestin pada sidang itu maka Perdana Menteri Israel juga perlu dijemput untuk dinyatakan hal yang sama.


"Kita mempunyai pilihan moral dan kewajipan untuk tidak mengundang Trump. Kalau kerajaan beri alasan ekonomi, dan kalau itu logik, baik panggil Netanyahu sekali ke Persidangan Asean.


"Kalau kamu yakin kamu boleh tegur Trump, kemudian panggil Netanyahu sekali dan betulkan dia," katanya dipetik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page