top of page

Jemaah Menteri tubuh jawatankuasa khas siasat dakwaan libatkan Azam Baki

  • 2 hours ago
  • 1 min read


Jemaah Menteri hari ini membincangkan isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang telah dibangkitkan berhubung perkara berkenaan.


"Jemaah Menteri memutuskan satu jawatankuasa khas yang diketuai Tan Sri Ketua Setiausaha Negara akan menyiasat dakwaan perkara yang telah dibangkitkan terkait Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.


Menurut beliau, selepas siasatan selesai dijalankan, hasil dapatan akan dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri bagi menentukan sebarang tindakan susulan yang perlu diambil.


"Ini adalah dalam usaha untuk kita pastikan aspek ketelusan dan integriti proses siasatan sentiasa terpelihara," jelasnya.


Untuk rekod, isu berkaitan Ketua Pesuruhjaya SPRM telah kembali tular berikutan pendedahan media antarabangsa mengenai beberapa isu terkait integriti, terutama dalam isu pemilikan saham yang telahpun dijelaskan Azam Baki sebelum ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page