top of page

Jemaah ibadat: Terima kasih MOT wujud laluan khas di KLIA - Dr Gunaraj

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

Dr Gunaraj dalam sidang media di KLIA pagi tadi
Dr Gunaraj dalam sidang media di KLIA pagi tadi

Oleh: Akmal Manaf


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Gunaraj George hari ini merakamkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan pihak kerajaan dalam usaha memudahan perjalanan jemaah sami Aiyappa dengan menyediakan laluan khas di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Menurut Dr Gunaraj, laluan khas itu amat diperlukan kerana ramai jemaah akan pergi ke program tersebut.


"Ada (jemaah) yang akan sembahyang selama 48 hari, mengikut ibadah masing-masing dan mereka akan pergi tanpa memakai selipar. (Pada saya) ia perlu diberi keutamaan.


"Itulah sebabnya kami telah minta kerjasama daripada Kementerian Pengangkutan (MOT), dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program yang djangka disertai lebih 50,000 orang.


"Tahun lalu, kita telah mendapat peluang untuk mewujudkan laluan khas di Terminal 1 dan Terminal 2 bersama Air Asia.


"Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Setiausaha MOT, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan kerana telah membantu mengatur dan mendapatkan kelulusan," katanya ketika ditemui pemberita di KLIA 1 hari ini.


Terdahulu beliau yang juga Ahli Dewan Negara Sentosa, Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak MOT, Malaysian Airlines, Air Asia dan Batik Air berhubung permohonan untuk mendapatkan kelulusan bagi mewujudkan laluan khas berkenaan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page