top of page

Terbukti Faizal Azumu tidak ada sokongan majoriti

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Dec 4, 2020
  • 1 min read


Penyingkiran Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak menunjukkan Timbalan Presiden Bersatu itu tidak mempunyai sokongan majoriti dalam kerajaan negeri Perak.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata ia juga mendapat sokongan dari majoriti ahli DUN Perak.


"Ahli DUN Perak menunjukkan semangat kesepakatan dalam menjamin masa depan rakyat dengan menolak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang gagal mendapat kepercayaan.


"Usul dari ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim yang telah disegerakan membuktikan bahawa kerajaan Faizal tidak ada keabsahan.


"Ketika ini kita dilanda wabak Covid-19 maka jika pilihan raya negeri diadakan ianya hanya akan memudaratkan rakyat. Namun apa yang jelas adalah Faizal telah ditolak di dalam Dewan Undangan Negeri," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Farhash berkata KEADILAN Perak akan terus memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri demi masa depan rakyat.


"KEADILAN Perak menerima keputusan ini dengan baik dan kita akan memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri agar fokus kepada kebajikan rakyat tidak terabai.


"Saya juga ingin nasihatkan Faizal untuk bermuhasabah diri setelah ditolak oleh parti komponen sendiri walaupun hanya 9 bulan bersama," katanya.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page