top of page

Jelajah Sabah: Anwar yakin sokongan pengundi meningkat



Jelajah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak dan Sabah berakhir semalam dan mendapat sambutan sangat baik daripada para penyokong PH di Malaysia Timur.


Dalam kunjungan dan ceramah di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Putatan, Anwar teruja melihat ribuan pengundi pelbagai kaum menghadiri ceramah.


"Saya menyentuh pelbagai isu yang melibatkan kepentingan rakyat yang gagal didepani gerombolan BN dan PN sepanjang 3 tahun yang lalu. Perdana Menteri silih berganti namun tahap hidup rakyat kekal di takuk lama dan ekonomi terus memburuk kerana ketidakyakinan para pelabur kepada pemerintah.


Ribuan hadir dalam ceramah di Kalabakan

"Rakyat dipaksa untuk menanggung kabinet sebesar 70 orang menteri tetapi tetap gagal membawa perubahan yang bermakna pada aspek kesejahteraan mereka. Justeru, apa alasan mereka untuk menjawab persoalan ini?


"Saya amat yakin rakyat Sabah dapat melihat kecelaruan Bn - PN dalam mengemudi negara dari saat Covid melanda negara sehingga ke hari ini, tatkala wujud dua SOP yang berbeza untuk menteri dan rakyat, wujudnya kempen tanda pagar #KitaJagaKita sebagai manifestasi kegagalan kerajaan menyalurkan bantuan makanan serta Parlimen digantung," katanya.


Beliau turut yakin dengan hala tuju yang digariskan serta Tawaran HARAPAN yang amat benilai akan menarik minat pengundi Sabah melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 ini.


"Rakyat berhak mendapat sebuah kerajaan yang punyai ‘roadmap’ yang jelas dalam perihal tatakelola dan ekonomi, dan ia semestinya bukan PN mahupun BN.


"Oleh yang demikian, ayuh kita bulatkan tekad, tingkatkan usaha dan lonjakkan PH ke Putrajaya demi kemaslahatan semua," katanya.


Selain Putatan, Anwar juga berceramah di parlimen Sepanggar dan Kalabakan yang turut menerima sokongan padu dari pengundi tempatan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page