top of page

Jelajah rumah terbuka: PM mahu bawa mesej penyatuan - Penganalisis



Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri (PM) sempena sambutan Aidilfitri 2023 di beberapa negeri termasuk yang ditadbir pembangkang dilihat mempunyai signifikannya tersendiri

Penganalisis Politik, Prof Sivamurugan Pandian ketika menjadi tetamu pada sebuah program bual bicara yang disiarkan Astro Awani menyifatkan penganjuran rumah terbuka itu sebagai usaha membawa penyatuan biarpun berbeza idealogi politik.


"Kita lihat sepanjang Ramadan, perkarangan Seri Perdana sudah digunakan untuk menganjurkan aktiviti berbuka puasa. Bermakna mungkin selepas ini PM rasa perlu berada di beberapa buah negeri.


"Kalau kita tengok perubahan lanskap politik, barangkali boleh dikaitkan dengan PRN yang bakal berlaku, kerana kalau diperhatikan tarikh-tarikh yang dipilih sebelum konvensyen Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei mungkin ini menunjukkan satu kemuncak untuk memaparkan, dalam kita meraikan kepelbagaian ia tidak harus jadi penghalang.


"Walaupun berbeza idealogi politik tetapi kunjungan PM ini menunjukkan kita boleh mengetepikan perbezaan," katanya pada program itu.


Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri bakal bermula di Kedah 29 April ini.


Bagi penganjuran di Kelantan, ia akan diadakan di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei manakala acara di Terengganu berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu pada 13 Mei


Sementara itu menurut Sivamurugan, PM juga mungkin berhasrat menekankan Malaysia Madani dengan memanusiakan konsep dan prinsip penyatuan itu.


"Ini hasrat PM, di mana nilai-nilai berteraskan penekanan ketamadunan mahu diangkat, konsep Madani yang beliau cuba paparkan mencari titik persamaan.


"Kita tak dapat lihat hasil segera tetapi saya percaya inilah fasa untuk memahamkan rakyat tentang Madani, dengan nilai konsep Rahmah supaya tidak ada sesiapa yang tercicir," katanya lagi.


Langkah itu juga jelasnya, menjadi satu kaedah untuk pemimpin mendekati rakyat dan membawa gagasan kerajaan kepada rakyat.


"Pertemuan di beberapa negeri ini menjadi langkah ke arah nilai keamanan dan kesejahteraan untuk dipapar kepada semua.


"PM mahu menjadi contoh dan kita harap pasukan dalam Kabinet, membawa nilai yang sama supaya Madani akan mendapat hasil akhir yang baik.


"Ini bukan saja perwatakan PM sahaja, kena ada koordinasi, apa yang berlaku di peringkat Pusat, dibawa ke negeri. Negeri-negeri harus lihat ada keintiman walaupun di bawah pentadbiran pembangkang," jelasnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page