top of page

Jelajah Rapat di Perak beri sumbangan bakul makanan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 9, 2024
  • 1 min read


Jelajah NGO reformis Pertubuhan Rapat Rakyat (Rapat) di Perak baru baru ini berjaya mengedarkan sumbangan kepada 50 penerima di Kampung Pasir Garam.


NGO Rapat Perak mengagihkan bakul makanan tersebut dalam program Bakul Rapat Rakyat (BRR) dan disampaikan oleh Presiden Rapat, Mustaffa Kamil Ayub (gambar, dua dari kiri).


"Seramai 50 orang menerima Bakul Rapat Rakyat di tempat program dan sebahagiannya ziarah terus ke rumah. Mustaffa Kamil Ayub, Pengerusi SEMARAK yang juga merupakan Presiden RAPAT telah menyampaikan BRR tersebut.


"BRR ini adalah sumbangan Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," kata kenyataan Rapat Rakyat.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page