Jelajah Peduli Nadi Rakyat tiba di Johor semalam dengan bakul-bakul makanan sedia untuk diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.
Menurut Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Naim Jusri, jelajah di peringkat negeri tersebut dilepaskan oleh Pengerusi MPN KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.
"Sumbangan kami lakukan kepada Penduduk Flat Pelangi Indah, DUN Puteri Wangsa, Parlimen Tebrau Johor bersama Ketua Cabang Tebrau saudara Teoh dan Pengerusi MPN Johor, YB Syed Ibrahim.
"Seterusnya kami ke DUN Layang-layang, Parlimen Simpang Renggam bersama Ketua Cabang Simpang Renggam, saudara Wong dan Setiausaha Cabang, saudara Faizul," kata Naim.
Jelajah tersebut menurut Naim, berakhir di Kampung Cahaya Baru, DUN Semarang, Ayer Hitam bersama Jacqueline Neo Ketua Cabang Ayer Hitam dan Kalytas Chandrahasan selaku Penyelaras KEADILAN DUN Semarang.
Jelajah Peduli Nadi Rakyat digerakkan KEADILAN untuk mengagihkan bakul-bakul makanan sumbangan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Jelajah tersebut telah bergerak ke beberapa negeri di Utara Semenanjung sebelum ini.
Comments