top of page

Jelajah Peduli Nadi Rakyat KEADILAN bantu ringankan beban musibah Covid 19



Jelajah Peduli Nadi Rakyat KEADILAN yang akan bergerak ke utara tanah air dilepaskan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, pagi tadi.


Menurut Anwar, jelajah nadi rakyat, terutama membekal ayam segar kepada penduduk yang terjejas akibat Covid 19 telah bergerak sejak setahun lalu kini mendapat lebih dorongan dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor serta pelbagai syarikat swasta yang menyumbang bantuan.


"Program kita dengan syarikat SM ayam segar sebelum ini telah berjalan dan menjelajah beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Tetapi kali ini kita tingatkan kerana pada hemat saya parti politik ini ruang kerjanya bukan sahaja bawa usul, buat pandangan dasar, beri teguran tetapi juga beri khidmat yang baik.


"Ini selain daripada yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri, saya bangga Ahli Parlimen ADUN, Ahli Majlis dan pimpinan parti di semua peringkat terus menerus melakukan program untuk mengurangkan beban kemiskinan juga masalah yang dihadapi ketika malapetaka Covid.


"Sebab itu kita usul kepada kerajaan walaupun perkara ini harus kita teruskan, tanggungjawab ini kita lakukan dengan suntikan dana khas bagi keluarga B40, M40 .


"Dalam persefahaman kita usulkan dengan Perdana Menteri, kita mahu RM45 bilion khusus untuk mengurangkan beban. Wang ini mesti disekalikan dengan program membatalkan moratorium bagi peminjam bank.


"Kalau tidak kita beri mereka RM1,000 misalnya tetapi wang itu digunakan sebahagiannya untuk membayar faedah pinjaman bank maka mereka akan kembali kepada kesukaran hidup, makan minum dan lain-lain," katanya dalam majlis pelepasan Jentera Jelajah Peduli Nadi Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN, Petaling Jaya, pagi tadi.


Di samping itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menyeru agar pemimpin KEADILAN, khususnya Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Majlis mengeluarkan wang peribadi untuk mempertingkatkan lagi sumbangan.



"Saya sekali lagi ucap terima kasih kepada anak-anak muda dari AMK yang akan bergegas ke daerah-daerah menyampaikan ayam segar dengan kerjasama rakan-rakan penyumbang.


"Malah saya menegaskan kepada Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Majlis selain dari sumbangan diterima setiap Ahli Parlimen mestilah wajib mengeluarkan dana peribadi mereka untuk membantu rakyat yang susah.


"Mereka harus memberi contoh yang baik mengeluarkan dana sendiri," katanya.


Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pula berasa gembira kerana Kerajaan Selangor mampu menyumbang untik program bantuan Covid 19 ke negeri-negeri lain.


"Pandemik ini bukan hanya krisis kesihatan tetapi juga krisis ekonomi dan kehidupan. merintih. Rakyat perlukan sokongan sebab itu saban hari, saban bulan Selangor telah melaksanakan pelbagai inisiatif pakej ransangan yang akhirnya membantu warga kecil dan masyarakat untuk mereka bertahan dan meneruskan kehidupan.


"Sebab itu melalui program ini kita salurkan bakul makanan, makanan asas. Pada hari ini kita telah salurkan ke lebih 250,000 keluarga di Selangor


"Yang kaya membantu yang memerlukan. Hari ini kita kumpulkan bentuk bantuan ini, kita salurkan 10,000 untuk seluruh negara dengan harapan dapat berkongsi kekayaan dan kemampuan kita menguruskan negeri dan membantu mempertahankan kehidupan kita dalam waktu yang sukar



"Terima kasih AIC, rakan-rakan pejabat Presiden membantu program ini. Ini adalah sebahagian program kita dengan kemampuan yang ada untuk kepedulian kita kepada masyarakat," katanya.


Majlis tersebut kemudiannya menyempurnakan pelancaran Jelajah Peduli Nadi Rakyat dengan Datuk Seri Anwar menyerahkan gimik bantuan kepada dua penerima dan bendera kepada pemandu lori yang akan bergerak ke Kedah dan Pulau Pinang.


Turut menyumbang dalam program terbabit adalah sektor swasta berupa syarikat Bidara, SM Chicken Boss juga Anwar Ibrahim Club (AIC), Selangor Legacy, Success Selangor serta Nadi Rakyat.


NGO Bidadari misalnya sebelum ini telah menyumbang lebih 10,000 tuala wanita dan telah pun berbakti ke seluruh negara. Selain Malaysia Bidadari juga bergerak ke India dan Indonesia


Begitu juga SM Chiken Boss yang membekalkan ayam segar kepada AIC untuk diagihkan di pantai Barat Semenanjung, sebelum ini



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page