Meraikan Tahun Naga dengan pelbagai pengisian mantap, Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam, Rodziah Ismail meluangkan masa dalam siri jelajah Ketua Cabang Shah Alam mengedarkan limau mandarin sempena Tahun Baru Cina di Taman Batu Tiga baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran ringkas, Rodziah merakamkan penghargaan kepada urusetia yang menyertainya bagi memeriahkan jelajah tersebut.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ampang tersebut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina dan jentera parti yang bakal menyambut perayaan itu Sabtu ini.
"Jelajah Ketua Cabang Shah Alam CNY (Taman Batu Tiga). Terima kasih semua AJK yang turut serta memeriahkan jelajah hari ini. Sempat bertanya khabar dan persiapan dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2024 kepada anggota cabang berbangsa Tionghoa," katanya.
Memasuki tahun baharu kalendar lunar pada 10 Februari 2024, Tahun Naga merupakan antara detik yang paling diraikan kerana mengikut ilmu warisan masyarakat Cina kuno, feng shui, tahun ini bakal membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.
Tahun Naga membawa makna kekuatan, karisma serta mempunyai kreativiti dan keyakinan.
Comments