Jelajah Madani Kementerian Sumber Manusia di Sentosa sedia peluang pekerjaan


Jelajah Madani Kementerian Sumber Manusia, satu program baharu untuk menyediakan pekerjaan kepada golongan sasar cukup bermanfaat kepada rakyat.
Menurut Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George, program yang memilih DUN Sentosa untuk melancarkan jelajah di peringkat Selangor itu berjaya menemuduga sekitar 300 pencari kerja di kawasan berkenaan.
"Program jelajah madani adalah satu program di bawah Kementerian Sumber Manusia. Saya ucap terima kasih terutama kepada Menteri kerana telah memilih Sentosa untuk menjalankan program jelajah madani yang pertama mereka di Selangor.
"Hari ini kita ada lebih 500 orang hadir dari pagi tadi sampai pukul 3 petang
"Kita dapat menjayakan banyak aktiviti dan peluang pekerjaan dipamerkan di sini hari ini.
"Kami difahamkan lebih 300 orang dapat memohon dan sebagainya. Sukses (berjaya dapat kerja) kita tak tahu, apa yang mustahak saya saran belia dan sebagainya jangan pilih pilih, mulakan dengan satu pekerjaan dahulu.
"Masuk dulu kerana kita perlu mendapat sumber pendapatan. Kemudian dengan pengalaman yang ada kita boleh terus pergi cari kerja lain, ikut pengalaman," katanya kepada media semalam.
Selain peluang kerja pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia turut membuka kaunter di Dewan Serbaguna Taman Sentosa, Jalan Sungai Jati itu.
Menurut Dr Gunaraj lagi, rakyat juga boleh mendapatkan khidmat nasihat atau ke kaunter Perkeso bagi yang mempunyai sebarang masalah kesihatan dalam waktu bekerja, untuk mendapat penerangan lanjut.
"Perkeso pun ada hari ini. Banyak yang perlu bantuan kesihatan, dan apa sahaja bantuan yang diperlukan boleh berinteraksi dengan staf perkeso di sini," katanya.
Mengenai manifesto pilihanraya lalu bagi DUN Sentosa, adakah program tersebut sebahagian daripadanya, Dr Gunaraj berkata ia adalah janji keempat daripada 5 teras manifesto itu, iaitu menambah peluang pekerjaan penduduk DUN Sentosa.
"Penggal lalu ada manifesto dapat selesai ada yang belum. Saya pastikan penggal ini semua dapat dilaksanakan.
"Banyak lagi program kita rancang. Kerja kerja utama di DUN Sentosa ialah memastikan ianya lebih teratur dari segi insfrastruktur, banjir, naik taraf Taman Sentosa dan sebagainya," katanya lagi.




Comments