top of page

Jelajah 'Kita KEADILAN' tiada 'cai', perkukuh parti - Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 14
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Siri Jelajah 'Kita KEADILAN' akan ke Kepala Batas, Pulau Pinang esok bagi mendekati golongan akar umbi, sekali gus menyampaikan dasar dan hala tuju parti berkenaan.


Setiausaha Agungnya, Dr Fuziah Salleh yang juga merupakan pengasas program itu berkata, sebarang tawaran yang dibuat oleh pimpinan parti tidak lain hanya untuk memperkuatkan lagi parti tersebut.


"Ia merupakan jelajah pra kongres untuk kita berusaha menyatukan kembali selepas pemilihan dan pertandingan peringkat cabang diadakan.


"Jadi kita menyatukan balik dan sama-sama memperkukuhkan lagi parti kita ini. Tidak ada cai, kerana kita semua sayang parti.


"Pada masa sama, kita juga mahu membangunkan parti. Apa sahaja yang kita tawarkan ini adalah untuk memperkuatkan parti," katanya ketika ditemui Suara Keadilan di sebuah hotel, di Skudai, Johor Bahru malam tadi.


Siri jelajah ke utara tanah air esok akan diadakan di Dewan Tok Mat Yahoo, Kepala Batas bagi negeri Perlis, Kedah dan Perak Utara.


Pada 16 Mei pula, melibatkan zon tengah iaitu Perak Selatan, Selangor, Wilayah dan Negeri Sembilan yang akan diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


Seterusnya, jelajah 'Kita KEADILAN' akan ke dua lokasi terakhir iaitu di Pan Borneo Hotel, Kota Kinabalu Sabah (17 Mei) dan Serapi Hotel, Kuching Sarawak pada 18 Mei.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page