Jelajah Kita KEADILAN: Calon naib presiden, MPP tekad perkasakan parti
- Suara Keadilan
- May 14
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Bahang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kini semakin hangat apabila calon-calon terus melontarkan tekad masing-masing berdasarkan jawatan yang disaingi.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Dr Maszlee Malik (gambar atas) yang bertanding mempertahankan jawatan menzahirkan iltizam untuk melihat parti itu menjadi pilihan golongan pendidik sekiranya diberi mandat sekali lagi.
''Tugas saya yang pertama ialah memastikan parti kita menjadi pilihan para pendidik.
''Tidak kira guru, pensyarah atau jurulatih.. tekad saya untuk menjadikan KEADILAN pilihan para pendidik,'' katanya ketika ditemui Suara Keadilan dalam program Jelajah Kita KEADILAN di Skudai, Johor Bahru malam tadi.

Selain itu, Ketua KEADILAN Cabang Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan pula menawarkan diri untuk merebut kerusi Naib Presiden pada pemilihan parti kali ini.
''Janji kita (KEADILAN) bersama dengan semua.. yang penting KEADILAN bersatu,'' ujarnya ketika ditemui di hotel yang sama sempena program jelajah tersebut.

Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin pula menyifatkan program jelajah itu menerapkan elemen yang damai dan menenangkan.
''Kita suka program seperti ini,'' kata beliau yang juga merupakan calon MPP Wanita Pusat.
Seorang lagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang bakal merebut jawatan Ahli MPP Pusat bertekad untuk terus menjaga parti berkenaan.

''Saya sudah 26 tahun dalam parti.. setia.. jadi saya harap pengundi dan perwakilan memberikan saya peluang berkhidmat untuk parti.
''Jawatan itu merupakan satu tanggungjawab.. kita nak jaga parti, tolong sokong saya,'' katanya.
Jelajah Kita KEADILAN diwujudkan oleh Setiausaha Agung parti bagi menggalakkan kempen yang bersih dan secara adik beradik dengan tidak mengutamakan mana mana 'cai' atau pasukan pemimpin tertentu.
Comentarios