top of page

Jelajah kesedaran siber ke 344 sekolah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Kementerian Komunikasi bakal memulakan jelajah ke 344 sekolah di seluruh negara melalui Kempen Internet Selamat (KIS) untuk memupuk kesedaran mengenai keselamatan siber dalam kalangan pelajar.


Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, siri jelajah itu akan berlangsung sepanjang Mei hingga Ogos ini dan ia telah dilaksana di sembilan buah sekolah rendah.

"Hasrat kami adalah untuk pergi ke sebanyak mungkin sekolah rendah, sekolah menengah dan juga kampus universiti.


"Jadi untuk pihak sekolah atau universiti berminat boleh hubungi kementerian supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) boleh aturkan program," katanya dipetik pada program Diabetes Day 2025 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Ahad.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada April lalu berkata, kempen tersebut bertujuan memperkasakan pelajar dan guru dengan pengetahuan yang lebih mendalam tentang risiko siber serta cara untuk menghadapinya dengan berkesan.

Kempen berkenaan merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan dalam memastikan masyarakat celik digital dan mampu menghadapi cabaran era teknologi.


Sementara itu Teo menjelaskan, kempen yang dilaksana adalah berdasar kesesuaian peringkat usia peserta program.


Bagi tujuan itu, MCMC sudah melantik 196 pelatih yang bertindak sebagai jurucakap semasa pelaksanaan kempen tersebut.

"Pengisian modul kursus mengikut usia peserta. Bagi sekolah menengah kita berkongsi dengan mereka bagaimana untuk tidak menyalahgunakan teknologi dan bagi pelajar di kampus pula mungkin kita akan fokus kepada job scam," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page