Jelajah Johor Bangkit galakkan rakyat keluar mengundi - Adam Adli



Jelajah Johor Bangkit anjuran Angkatan Muda KEADILAN Malaysia diharap mampu meningkatkan kesedaran membuang undi dalam kalangan rakyat negeri itu.


Menurut ikon anak muda, Adam Adli Abdul Halim, jelajah itu sengaja diadakan awal dalam sela waktu sehingga tarikh penamaan calon bagi memudahkan AMK bertemu rakyat memandangkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen yang dijangka akan seketat Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


"Inisiatif ini sengaja digerakkan awal tetapi ini bukan program utama parti KEADILAN. Memang kita akan ada pelancaran kempen tertentu. Tetapi kami ambil untuk mengisi masa yang masih ada.


"Kalau kita ambil pengalaman di Melaka misalnya, apa yang menyebabkan kesukaran kita, pertama, jumlah keluar mengundi yang rendah, kedua kempen yang sangat ketat.


"Ertinya SOP SPR yang menghadkan kempen dan merugikan kita di pihak pembangkang. Ia tidak merugikan pihak kerajaan," katanya dalam sidang media, tengah hari tadi.


Program jelajah itu, kata Adam, diharap akan menggalakkan masyarakat luar bandar untuk mengambil bahagian dalam pesta demokrasi pada Mac ini dan menggembeleng lebih banyak NGO dalam kempen membawa pulang pengundi yang bekerja di luar Johor.


"Dalam lebih kurang 18 hari ini kita nak gunakan untuk turun ke kawasan desa, kawasan kampung untuk mengajak masyarakat keluar mengundi.


"Kita nak bantu inisiatif rakan lain dari NGO yang nak bawa pulang pengundi. Juga yang nak berusaha bawa kertas undi (sokongan) terutama dalam kalangan 100,000 yang berada di Singapura. Kita perlu gembleng segenap tenaga yang ada untuk pastikan rakyat keluar mengundi.


"Saya harap kita dapat sokongan dan kita dapat bantu gerak kerja parti, dan bawa undi kepada KEADILAN dan PH," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER