top of page

Jelajah Ihya Ramadan Kita Selangor: Tingkatkan kemakmuran masjid tarik jemaah - MB


Masjid perlu dimakmurkan dengan pelbagai aktiviti bagi menarik lebih banyak anak kariah untuk beribadah di rumah Allah berkenaan.


Hal itu dibangkitkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam siri Jelajah Ihya Ramadan Kita Selangor di masjid Kampung Permatang, Kuala Selangor, semalam.


Katanya, kerajaan negeri mahu memastikan suasana ramadan dihidupkan sepanjang bulan yang mulia ini.


"Ini bukan kali pertama saya sampai ke sini. Beberapa tahu lalu juga saya sampai ke sini. Tetapi niat kali ini saya datang untuk menyaksikan pembangunan ke atas penduduk, bagaimana ia dapat berjalan di peringkat bawah.


"Tadi saya bersama YB Rozana, YB Juwariah di sini. Kita selesaikan masalah penempatan, kes yang berlanjutan selama 40 tahun, dibawakan kepada saya pada 2 tahun lepas.


"Hasil kerja semua kita selesaikan 33 tapak rumah. Dan 3 rumah telah siap dibina oleh pihak Lembaga Zakat Selangor.


"Saya bersama anak syarikat Kerajaan Negeri juga nak bantu masjid-masjid. Tugas pertama selain jumpa orang ramai di bazar Ramadan kita juga mahu pastikan masjid makmur dan dihidupkan dengan suasana Ramadan," katanya.


Menurut Amirudin lagi, ramai ahli kariah yang mengunjungi masjid pada bulan Ramadan untuk solat sunat dan sebagainya, diharapkan hati mereka akan terpaut untuk terus mengunjungi masjid pada bulan-bulan selepas Ramadan.


"Ramai yang datang ke masjid pada Ramadan namun diharapkan ada yang tersangkut hati mereka untuk terus ke masjid selepas Ramadan.


"Kita yakin dengan memakmurkan masjid ia akan membantu menghidupkan masyarakat. Kalau kita lihat masjid yang makmur, penuh aktiviti ia menjadi cerminan terhadap kekuatan serta kemampanan komuniti serta masyarakat. Kalau masjidnya senyap, tidak berdaya, yang datang semua umur 60an saja itu gambaran yang kurang menyenangkan


"Setiap masjid kita beri sumbangan RM5,000 dan diharapkan boleh diguna untuk keperluan Ramadan dan Syawal. Saya kira sebelum ini dapat masjid duit lebih kerana sumbangan moreh tetapi tahun ini moreh tidak dibenarkan jadi Kerajaan Negeri datang beri sumbangan," katanya lagi.


Dalam program itu, Amirudin juga menyampaikan sumbangan kepada 50 asnaf sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS)

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page