top of page

Jelajah Ehsan Rakyat: Fakhrulrazi taja 20 individu beli barangan asas



Program jualan murah anjuran Kerajaan Negeri Selangor wajar diteruskan, kata Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.


Fakhrulrazi yang merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru berkata, inisiatif Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang menawarkan barang keperluan asas seperti ayam, minyak, telur, daging, ikan dan beras di bawah harga pasaran itu wajar diteruskan sepanjang bulan Ramadan yang akan disambut tidak lama lagi.

"Saya berharap sempena Ramadan, Kerajaan Negeri dapat memperbanyakkan program jualan murah kerana kebiasaan belanja bulan Ramadan akan lebih berbanding bulan biasa.


"Jika dapat diteruskan dan dibesarkan lagi program ini maka lebih ramai penduduk dapat manfaat. Kita juga berharap jumlah barangan di bulan puasa ditambah berbanding hari biasa,” katanya ketika hadir pada program JER di Meru pada Rabu.


Untuk rekod Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari telah melancarkan inisiatif jualan murah itu pada 31 Ogos 2022 dengan matlamat meringankan beban hidup rakyat yang tinggal di Selangor ekoran kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19.


Ia menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung atau selayang (RM6 per pek), minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).


Jualan itu berjaya memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor melalui siri jelajah di 693 lokasi sekitar 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).


Pada program peringkat DUN Meru semalam, Fakhrulrazi turut menampung perbelanjaan 20 individu kurang berkemampuan untuk membeli barangan asas di program tersebut.


Pihaknya memperuntuk wang tunai RM50 untuk setiap seorang dengan harapan sumbangan itu dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka untuk membeli keperluan harian.


"Ada pihak yang tanya sama ada kita ada berikan barangan asas secara percuma, saya cakap kita ada bantu tetapi hanya untuk penduduk terpilih khususnya golongan berpendapatan rendah yang benar-benar layak.


"Kita beri duit dan serahkan sepenuhnya kepada mereka nak beli apa mengikut keperluan sama ada ayam, minyak, telur, daging, ikan dan beras," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page