Jelajah Ehsan Rakyat DUN Hulu Bernam, pengunjung diberi kupon diskaun



Jelajah Ehsan Rakyat DUN Hulu Bernam, Siri 6 yang dianjurkan di Dataran Kalumpang baru baru ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.


Menurut kenyataan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Selangor, 100 pengunjung terawal program jualan barang keperluan bersubsidi itu mendapat kupon percuma yang diberi khas oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui.


"Program ini dimeriahkan dengan kehadiran YB June Leow yang menyumbang kupon diskaun kepada 100 pengunjung terawal.


"June Leow berkata, pemberian kupon itu sebagai satu usaha menyokong inisiatif baik yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang begitu peka dengan kebajikan masyarakat.


"Walaupun kupon bernilai RM5, ia memberi penjimatan berganda buat masyarakat yang hadir membeli," kata kenyataan itu.


Masyarakat Hulu Bernam juga, tambah kenyataan itu, amat bersyukur dengan inisiatif kerajaan Selangor pada ketika rakyat masih lagi bergelut dengan fasa endemik Covid-19.


Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Law Chun Yoong dan Lee Meng Wai.


Jualan Ehsan Rakyat Dun Hulu Bernam anjuran Penyelaras DUN Hulu Bernam, Amran Sakir dibantu oleh Ketua ketua Kampung di Mukim Kalumpang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER