top of page

Jelajah Deepavali Selangor bergerak ke 22 Cabang KEADILAN



Jelajah Deepavali KEADILAN Selangor akan bergerak ke 22 Cabang di negeri ini.


Menurut Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Datuk Menteri Besar (MB) Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George, program jelajah yang dirasmikan oleh MB semalam di DUN Sentosa adalah permulaan untuk program menemui rakyat di seluruh negeri.


"Jelajah ini akan bergerak ke seluruh 22 Cabang di negeri Selangor.


"Program ini secara langsung dapat mengeratkan hubungan antara pimpinan negeri dan akar umbi di setiap Cabang. Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh KEADILAN sejak tahun 2008 sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan setiap tahun sumbangan perayaan akan disalurkan kepada setiap lapisan masyarakat di Selangor.


"Asas yang diterapkan dalam KEADILAN untuk memastikan keharmonian dalam kehidupan di bumi Malaysia agar hasrat untuk mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama serta hasrat agar rakyat membentuk sikap yang terbuka dalam menerima kebudayaan yang pelbagai corak di Malaysia," katanya.


Selain itu, tambah Pengarah Program Jelajah Deepavali KEADILAN Selangor 2021 itu, pelbagai program khusus untuk masyarakat India juga telah dirangka oleh Pejabat Datuk Menteri Besar bagi membolehkan perkembangan dan pembangunan masyarakat India.


"Hari Deepavali yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi merupakan Festival of Lights dan turut diertikan sebagai perayaan di mana kebaikan mengalahkan kejahatan. Diharap memberi makna yang besar kepada penganut Hindu di Malaysia tahun ini.


"Sepertimana perayaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia lain ianya dikongsi bersama dalam erti kata kita turut kegembiraan dirasakan bersama oleh rakan kita berlainan agama ataupun bangsa," katanya lagi.


Dr Gunaraj juga mengucapkan penghargan kepada Datuk Seri Amirudin Shari, selaku Menteri Besar Selangor yang telah memilih Cabang Kota Raja menjadi tuan rumah bagi melancarkan Jelajah Deepavali Keadilan Selangor.


Beliau mengharapkan rakyat Selangor menggunakan hari yang istimewa itu untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page