top of page

Jelajah Deepavali Malaysia Madani Wangsa Maju agih 200 bakul makanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 18
  • 2 min read

Andre Lai (berbaju merah) mengagihkan bakul makanan sempena perayaan Deepavali
Andre Lai (berbaju merah) mengagihkan bakul makanan sempena perayaan Deepavali

Sempena sambutan perayaan Deepavali yang bakal tiba, mantan Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Andre Lai Chen Heng, meneruskan tradisi tahunan program Jelajah Deepavali Malaysia Madani dengan mengagihkan 200 kotak atau bakul makanan kepada keluarga kurang berkemampuan di kawasan Wangsa Maju.


Daripada jumlah itu, 150 kotak makanan merupakan sumbangan peribadi Andre Lai manakala 50 lagi disumbangkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Seri R Ramanan.


Menurut Andre Lai, inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk meringankan beban kewangan keluarga yang memerlukan agar mereka dapat menyambut Deepavali tahun ini dengan penuh keceriaan.


"Deepavali adalah perayaan cahaya, dan melalui sumbangan kecil ini, saya berharap kita dapat menyinari kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan semangat perpaduan dan kasih sayang


"Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita bersama untuk mewujudkan komuniti yang inklusif dan saling mengambil berat, selaras dengan semangat Malaysia Madani. Meskipun bukan semua akan menerima, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat sasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya dalam ucapan di majlis tersebut.

Andre Lai, yang juga seorang aktivis masyarakat di Wangsa Maju, berkata program berkenaan bukan sahaja menyalurkan bantuan tetapi untuk memperkukuh semangat perpaduan dan keprihatinan sosial di kalangan rakyat pelbagai kaum.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia Madani atas keprihatinan dan kerjasama menjayakan program kebajikan ini.


"Bantuan daripada kerajaan menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menyantuni rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang, terutamanya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup semasa," tambahnya.


Kotak makanan yang diagihkan mengandungi pelbagai barangan keperluan asas dan juadah istimewa Deepavali, yang dijangka dapat membantu kira-kira 250 keluarga di sekitar Wangsa Maju. Antara penerima ialah pelakon tempatan Sathia Periasamy serta isteri mendiang Kapten (B) Ramassuntran Rengan, yang meninggal dunia pada 2021.


Selain pengagihan bantuan, Andre Lai turut menganjurkan Jualan Rahmah khas untuk komuniti India di Taman Setapak pada 17 Oktober lalu, dengan menjual barangan keperluan seperti tepung muruku dan minyak sapi sebagai sebahagian daripada usaha menyokong inisiatif Kementerian KPDN Wilayah Persekutuan.


Program kebajikan ini disifatkan sebagai contoh terbaik semangat perpaduan dan Malaysia Madani, di mana pemimpin masyarakat dan kerajaan berganding bahu untuk memastikan setiap lapisan rakyat dapat menikmati nikmat perayaan dengan penuh makna.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page